Thursday, March 8, 2012

Nasi Lemak........hancuss diet ku........

bila timun dah mula boleh dipetik...apa yg patut kiter buat lagik ya.......time for nasik lemak laaaa....

Resepi nasi lemak my version:

2 cawan Beras
1/4 cawan santan kotak
1 3/4 cawan air
2 inci halia (diketuk)
1/2 sudu teh halba
1/2 sudu teh garam halus
1 helai daun pandan (belah2 & simpulkan)

methods:
basuh beras bersih2 & masukkan semua bahan lain dalam rice cooker & boleh mula masak

2. Sambal Bilis

1 cawan ikan bilis (kot suka la banyak mana)
1 labu bawang besar
1 biji bawang putih (ketuk2 je)
1 senduk santan kotak
3 senduk cili kering kisar
garam, gula secukup rasa

methods.

  • goreng ikan bilis separa garing & angkat & ketepikan
  • tumis bawang putih & bawang besar.
  • bila dah layu, masukkan cili kering & tumis sampai pecah minyak
  • masukkan ikan bilis goreng tadi & santan
  • masukkan garam & gula secukup rasa (lebihkan gula skit supaya rasa manis2 skit...). kalau nak berkuah..masukkan air skit....
3. kacang tanah & ikan bilis goreng

method:
  • kacang tanah dibakar dalam oven (suhu x boleh panas..i'm using 100 oC for 10 mins)
  • then keluarkan dari oven & gaul dgn sedikit minyak
  • bakar semula (100 oC for 10 mins)
  • ikan bilis dibasuh bersih & bakar dalam oven macam kacang tanah.....x payah pakai minyak
4 telur : rebus jekj la..kalo tak nak rebus..goreng.....
 
5. Timun
 
eheh...petik jek kat pokok...dah basuh bersih2..potong2 la ikut sukati memasing...
 
 
dah siap semua susun semua dalam pinggan & buleh makan dah...
o yer..lupa plak....lagi satu...airrr..................
 

  Limau kasturi with asam boi..
  • 1 biji asam boi
  • 3 biji limau kasturi
  • air sejuk
  • ais
methods:
  • perah limau kasturi dalam cawan (buang bijik!!!)
  • masukkan asam boi
  • top up air sejuk & ais sampai penuh cawan
dah boleh minum..tak payah gula....reaction asam boi & limau tu makes the air become sweet

burrrppppppppppppp..........................

kepada sohabatku yg bernama ARUNAAA..........................saya dah kenyanggg weih........ngeh ngeh ngeh

No comments:

Post a Comment