Friday, July 24, 2015

Gardening time..... my gardening way..



My friend always call me cheapskate! yg benarnyaa... bukan cheapskate lor.... cermat la... & tak berapa nak rajin... tapi mauuu....


sebelum ni... my gardening method memang "method blasah hentam keromo" aje... as long as pokok2 tu boleh hidup subur... no hal la kan... haha...

but, my method tanam pokok adalah sebab saya cuma tanam suka2 ajer.. bukan atas sebab nak menjual sayur... bear in ur mind... i'm not petani sayur! so, my method ada pro & cons... pro... mudah & cepat.... & the cons.. ofcourse la kalo ikut caraku ini... production sayur petani per tan hectares gila2 punya down laaa..... for hobbyist... kalo nak ikut buleh... kalu xtanak ikut pun buleh sangatttt..... ikut suka la... kalu nak buat betul2 ada banyak referances yg boleh digoogle2 & banyak buku pertanian available...


& for those yg nak guna teknik hentam keromo like mine... make sure u know the basic/ principle of gardening... so that kalau pokok  x menjadi... u know what makes them x jadi...


biasanya.... this is how i did it:

To prepare tanah utk tanaman:

  1. clearkan all weeds dalam planter box or any tempat yg nak ditanam...
  2. gembur2 kan tanah... use cangkul for fast & easy way.... try to gemburkan dalam sejengkal dalam.
  3. taburkan baja... i use baja kimia biasa... NPK 15.. baja ni biasanya kaler hijau
  4. siram air & tinggalkan dalam 1 minggu...
  5. 1 week after... gembur2 kan tanah tu balik & tabur lagi baja...
  6. then 1 week after lagi... dah boleh mula cambahkan biji benih atas tanah tu...so, this soil pretreatment will take about 2 weeks.

TO START SOWING SEEDS

u need sedikit creativity to sow the seeds kalau tanak buat kije lebih.... best way is to buy tray utk semaian benih & buat semaian atas tu & after dah cukup matang... boleh transfer ke tanah..


ALTERNATIVELY... kalau takmo kuar duit beli tray tu & takmo buat kije2 transfer anak pokok tu....do like mine:
  1. if nak tanam sayur berdaun macam kangkung or bayam.. or sawi.. biasanya i will make a line with kayu or apa2 yg boleh buang garisan panjang & berlubang... just lorekkan tanah tu & then taburkan biji benih dalam lubang tu... then kambuskan sikit biji benih tu...
  2. then boleh siram air & tunggu la dia bercambah.... siram secara sprink ye... jangan pakai cebok air.. abis lari biji benih tu nanti. 
  3. bila benih dah mula bercambah (masa percambahan depend on jenis sayur)... taburkan tanah sikit2 atas anak pokok yg baru bercambah tu...... ambik je la tanah kat dalam planter box tu jugak... tapi hati2 jgn tabur banyak sangat.. nanti tenggelam plak pokok tu.. mati plak nanti...
  4. sepanjang proses pembesaran pokok2 tu... kenela selalu tabur2 kan tanah supaya pangkal pokok tu tenggelam..therefore pokok tu boleh tumbuh tegak...
    anak kailan yg dah bercambah... masa ni dah sesuai utk taburkan tanah sikit2 kat pangkal pokok...
bunga kailan


ANOTHER ALTERNATIVE:  


Gunakan bekas telur yg dah digunakan dirumah (kalau ada la)..ni dah tunjuk dlm posting smalam...

  1. penuhkan tanah semaian dalam bekas telur.. 
  2. letakkan bekas telur di dikawasan yg sesuai utk pertumbuhan biji benih.. biasanya saya letak kat dalam raised bed pokok lain yg dah besar.. so, dia akan dapat partial sun 
  3. siram sampai bekas tu basah lenjun
  4. korek tengah2 lubang tu sikit.. dlm 1/2 to 1 cm dalam je... but depend on benih jugak la.. kalau benih halus macam daun sup.. korek sikit je... dlm 1/2 cm... 
  5. masukkan biji benih dlm lubang2 tu... then tutup dgn tanah sikit.. just to cover the seeds aje
  6. then.. spray dengan air.. nak selamat guna sprayer bottle je...
  7. after benih bercambah.. biarkan sampai anak benih dah stabil.... means sampai keluar daun sebenar.. usually after 4-5 daun... then baru boleh transfer ke atas tanah... samaada batas, raised bed macam saya punya or nak letak dalam pasu je pun ok...
  8. bila mengalih pokok yg disemai menggunakan bekas telur ni.. kena extra careful... supaya proses pengalihan tu x effect akar pokok... ada 2 option... basahkan bekas telur tu sampai lenjun & potong je kesemua lubang yg ada anak benih pokok tu... or biarkn bekas tu betul2 kering... then slowly & hati2.. tolak lubang semaian tu daripada bawah bekas sampai seluruh tanah tu tertanggal... cer tengok gambar kat bawah ni..
  9. then... boleh tanam la...
dah tercabut dari bekas telur

anak sawi yg dah selamat ditransfer ke tanah

few weeks after that

mula membesar

lalalalaaaa.....  more than 4 weeks 


PEMBAJAAN

pokok2 berdaun macam ni... x sesuai diberi baja biji... much better diberi baja cecair... so, whether u buy foliar or boleh juga beli baja biji NPK biasa... I use baja NPK biasa... reason: saya malas nak beli baja cecair/ baja serbuk yg dicairkan... sebab terasa banyaknyaaa nak kene beli baja....
  1. MY WAY: just guna baja biji tu... ambikla dalam segenggam & larutkan dalam sebaldi air my baldi is around 40 L kot... hmm.. lebih kurang la.. pandai2 la nak larutkan tu... biasanya saya just masukkan baja & air dalam gayung & ketuk/ ramas baja tu sampai hancur... then mix with baki air dalam baldi...pastu siram jek kat pokok sayur tu... 
  2. baja kene diberikan pada pokok tiap2 minggu.. or paling terukpun 2 minggu sekali... kalo kedekut baja.. memangla pokok kurengggg.....
  3. bila nak start membaja? biasanya after 1 week pokok dialihkan dari bekas semaian.. or bila pokok semaian dah mula keluarkan 4-6 helai daun.. dah boleh la tu... jangan membaja selepas alihkan pokok2.. tak kirala pokok besar atau kecik... biarkan pokok tu selesa dalam rumah baru dia tu dulu.. then baru fed dgn baja
mint

sage
oregano

big boss tengah cek buah cili...
mesti nak kena sentuh buah... kalau x.. x puas hati!

harvest time!

KAWALAN PENYAKIT:

yg ni veryy important!
tujuan kita tanam sendiri:

  • senang nak dapat sayur segar bila2 masa... tanpa perlu keluar ke kedai
  • we hope to get sayur yg x de disembur2 dgn racun.. or very minimum racun.... or kalo terpaksa meracun pun... kita tahu banyak mana racun yg kita sembur pada pokok & kita aware pada racun tu!
for home gardening... sebab kita takla tanam banyak... sebanyak sehektar or seekar sayur... disease control should be easier...
serangan bena.. kalo dah teruk sila guna malathion... 

my experience:
  • beware of semut! biasanyanya semut liar memang akan bawa penyakit... kutu esp... dah ada semut.. dah ada kutu... cepatla penyakit2 macam black spot serang pokok... to control this... i use racun semut... ada racun yg jenis umpan. semut jumpa.. then dia bawak balik sarang dia... ramai2 semut makan & mati la semua satu batallion... its very effective... but jgnla tabur umpan tu kat pokok... racun tuuu.... letakkan dalam bekas like botol or apa2 yg sesuai... cari laluan semut tu di luar planter box kita & letak umpan tu kat situ.. in 2 weeks time... u can see dramatic reduction of semut kat pokok sayur... bila semut dah kurang.. biasanya pokok tu akan dapat hidup lama. racun jenis ni boleh dapat kat kedai hardware.
  • control of microbial infections (biasanya reput pangkal & serangan hama & apa2 jenis kumbang ntah masa pokok kecik): for this... i will use fungiside & insecticides. biasanya saya guna beberapa jenis. for fungicide: i use benomyl & zineb... for insectisede: i use cypermethrin , malathion & also sulphur... i will only spray these racun masa pokok2 tu kecik... for pokok sayur daun..i will spray racun2 tu masa pokok2 tu berumur 2-3 minggu.. secara alternate la... minggu pertama fungiside.. then week after insecticides... pastu  no more racun... sebab aku nak makan... pokok2 macam ni biasanya dalam 2-3 bulan dah boleh kutip makan dah... for pokok berbuah.... i will spray at 2-3 weeeks  mula2 tu jugak.... but bila dia dah mula mengeluarkan bunga.. that's the another time yg aku buat semburan racun....to avoid putik buah gugur sebab microbial infection & halau serangga datang dekat utk attack daun/ buah.... pastu dah x sembur... so, kalo masih ada infection, biasanya buatla manual control... kutip daun2 kena infection tu after first round bunga jantan (took about 1 week je kot.... rasanya...)... then  buang/ bakar. paling penting jika terpaksa menggunakan racun, fahami dulu cara racun bertindak & baca label baik2... semua racun ada panduan keselamatan.. bila waktu selamat yg kita boleh petik tanaman selepas meracun... ada yg selepas seminggu diracun.. selepas 14 hari etc... so READ!!!
  • kawalan siput babi: yg ni pun satu hal jugak... punya la siput babi ni kuat makan... batang pokok bendi yg tinggi satu meter pun boleh patah dimakan nya.. sabo jekla... for this... i will use racun siput.. beli kat nursery & boleh tabur kat kawasan pokok.. x perlu dalam planter box... racun tu sebenarnya bercampur dengan feromones siput... bila racun tu kene embun malam... (siput kan kuar waktu malam) dia akan spread feromones tu & attract siput. bila siput pegi jenguk or pegang racun tu... masa tu racun tu akan berpindah kat siput tu & dia akan mati.... selesai prob siput. tabur2 garam kat keliling pokok not so recommended.. nanti pertumbuhan pokok terencat... sayang pokok tu nanti.




Thursday, July 23, 2015

Cheaper way to germinate seeds- gunakan bekas telur

Gunakan bekas telur!

i saw somewhere... dalam blog mana entahlah longgg time ago on subject:  cheaper way to germinate seeds....

Actually, we may buy special tray to germinate seeds.... but it cost you around $8 rasanya....but tahan lama la as it is made from plastic... but this is an economic & easy way..... gunakan bekas telur... i tried & memang agak senang.. & of coursela murah! scroll down:

method sama je macam guna germination tray...
 this time... i try to germinate salad..... & entahla apa lagi... masa semai tu memang ingat.. but bila semua dah bercambah... habis semuanya ku lupa!  yg macam rumput halus tu salad & yg bawah tu tembikai kot... entahla
after a week..
 This is sawi! memang seronok sakan bila tengok semua bercambah... memang bagusla brand biji benih ni... so, bolehla beli lagi!
i full tray of sawi.... after about 2 weeks semaian...huhu....
 
 now dah sampai tahap macam ni... i will start to transfer the seedling ke atas tanah.....
this is how it looks bila dicabut daripada bekas telur tu...


 at first... i already line-up/ spot the holes for saqwi ni... 5 X 6.. but entah macam mana la buleh jadi kucar kacir.... lantakla... janji dia hidup.....

dah selamat tanam...
cantiknyaaa

selamat ditransfer atas tanah

the details on how to sow seeds.. my way.. nanti la... esok2 ke... xdan nak publish...  sekian... cuci mata sat ye...

raised bed for carrot


naughty kiddie!

Wednesday, July 22, 2015

Cara pujuk pokok berbuah

This is totally kopipasta! Very scientific & informative from FB Abdul Hamid Ahmad yg dishare dalam Group FB Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri.



Abdul Hamid Ahmad added photos to Teknik Kelaran (Girdling) in Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri.


Sepanjang dua minggu yang lalu saya ada menyebut teknik kelaran (atau girdling technique) yang telah saya buat pada pokok tin dan pokok mangga.

Beberapa sahabat serta tuan admin Izham Alias mencadangkan dibuat pautan kepada maklumat ini. Maka dikesempatan ini saya tuliskan sebuah nota ringkas yang menerangkan sedikit-sebanyak tentang teknik ini.

Teknik girdling diamalkan oleh penanam pokok buah-buahan, baik untuk kegunaan sendiri atau di ladang. Ada dua tujuan teknik ini dilakukan:


a) Untuk mendapatkan buah yang banyak pada sesuatu musim, dan untuk menjadikan buah lebih besar dan lebih perisa.

b) Untuk memaksa pokok berbuah.

Ramai yang merungut pokok yang ditanam sehingga kini tak berbuah. Maka mahu ditakik dan ditabur garam. Ada yang cadangkan bakar pangkalnya. Disuruh bercakap dan berunding dengan pokok. Malah ada yang suruh ikatkan selipar buruk.

Paling dahsyat, disuruh sarungkan coli pada pokok durian!
Apa sahajalah, asalkan bahagia. Jika tak dapat buah, dapat lucunya.
Apa kata buat teknik kelaran ini?


Teori:

Tumbuhan membentuk makanan (dalam bentuk karbohidrat, atau disebut juga "gula") melalui fotosistesis di daun. Kemudian gula ini disebarkan ke seluruh pokok, tetapi akhirnya dihantar ke akar untuk tujuan simpanan. Jalan penghantaran bahan gula ini adalah melalui tisu floem yang banyak terdapat pada kulit.

Pokok yang lambat berbuah itu terus-terus sahaja menyimpan gula ini di akar. Ini kita tak mahu. Kita mahu dia simpan di dahan-dahan dan apabila cukup bekalan, cepat-cepat membentuk bunga dan buah.

Jika itu yang kita mahu, maka lakukan sesuatu supaya gula itu tidak dihantar ke akar.


Bagaimana?

Potong jalan penghantaran itu. Iaitu dengan membuat kelaran pada kulit.

Kelaran boleh dibuat pada:

a) pangkal dahan-dahan utama
b) sekeliling paksi pokok.



Cara membuat kelaran:

Senang sahaja. Kelar.

Potong kulit sehingga menyentuh tisu kayu. Sentuh saja. Jangan potong kayu itu. Buat potongan pertama. Kemudian potongan kedua. Lebar kelaran ini hendaklah tidak lebih daripada 5mm. Jika pokok kecil seperti pokok tin, 2mm cukuplah.

Potonglah menggunakan pisau yang tajam. Jika pokok ini subur, selepas dua potongan dibuat, tinggal siat sahaja. Kulitpun tanggal. Lihat gambar.

Selepas kelar, terpulanglah. Boleh dibalut dengan plastik cantuman. Boleh cat. Boleh biarkan sahaja.

Maka selepas beberapa minggu, seharusnya pokok mula mengeluarkan bunga dan seterusnya berbuah. Selepas dua bulan, kelaran tadi sudah bercantum semula. Sebab itu jangan kelar lebar. Nanti pokok mati. Tinggal bacakan talkin sahajalah.

Jika kelaran ini bertujuan untuk membesarkan dan memaniskan buah, kelarlah selepas bunga kembang. Jangan lewat. Jangan terlalu awal.

Jika kelaran bertujuan untuk memaksa pokok berbuah, buatlah bila anda geram dan marah-marah.

Saya tunjukkan gambar sebenar girdling pada dahan mangga Honey Dew yang saya buat.


Kaedah:


Kelaran boleh dibuat dengan dua cara iaitu dengan bersambung atau bertindih.

a) bersambung jika anda dapat buat potongan dengan lurus. Jika mahu buat begini, tandakan dengan pensel atau pen. Baru potong dengan pisau.

b) Bertindih. Hujung tidak bertemu tetapi MESTI bertindih.

Kalau tak bertemu? Kalau tak bertindih?

Kalau tak ikut teknik dan nasihat cikgu, tak menjadilah.

 
Ini girdling pada kulit Honey Dew. 4mm sahaja kurang lebih. 


 
Ini sambung terus. 


 
Ini bertindih. Tengok hujungnya tu. Mesti overlap dalam 1-2 inci. 



Selamat mencuba.


Abdul Hamid Ahmad

Bandar Sierra, Kota Kinabalu

6 Julai 2015.

Wednesday, July 8, 2015

Baked Slow Cooker Chicken

it beeen sooooooo busy lately! with new baby.. new inspiration for my garden yg dah setahun terabai... & another new inspiration (both my dear hubby & i)... tak leh citer lagi.. bila dah jadi baru boleh pukul canang.. huhuuuu....

nak spare masa utk baking & masak pun terpaksa reorganise balik semua kerja2 dirumah & pejabat...
tambah2 bulan puasa ni... terpaksa marathon 200 km/j utk sediakan juadah berbuka utk family... beli di bazar ramadan?? malas lor... experience lepas2 macam terbayang lagi... dengan rasa dah nak basi... sedapnya jauh sekali... hmmm....

sambil2 baring tengok tv malam2.. sempat google2 resipi simple yg x guna banyak masa utk prepare... i myself havent try this.... mebi lepas pose ni.. buleh la try...

source: http://easyyrecipes.blogspot.com/2015/06/baked-slow-cooker-chicken.html




Ingredients

  • 1 (2 to 3 pound) whole chicken
  • salt and pepper to taste
  • 1 teaspoon paprika

Directions

Wad three pieces of aluminum foil into 3 to 4 inch balls, and place them in the bottom of the slow cooker.
Rinse the chicken, inside and out, under cold running water. Pat dry with paper towels. Season the chicken with the salt, pepper and paprika, and place in the slow cooker on top of the crumpled aluminum foil.
Set the slow cooker to High for 1 hour, then turn down to Low for about 8 to 10 hours, or until the chicken is no longer pink and the juices run clear.
- See more at: http://easyyrecipes.blogspot.com/2015/06/baked-slow-cooker-chicken.html#sthash.751WDrA5.dpuf