This is totally kopipasta! Very scientific & informative from FB Abdul Hamid Ahmad yg dishare dalam Group FB Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri.
Abdul Hamid Ahmad added photos to Teknik Kelaran (Girdling) in Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri.
Sepanjang dua minggu yang lalu saya ada menyebut teknik kelaran (atau girdling technique) yang telah saya buat pada pokok tin dan pokok mangga.
Beberapa sahabat serta tuan admin Izham Alias mencadangkan dibuat pautan kepada maklumat ini. Maka dikesempatan ini saya tuliskan sebuah nota ringkas yang menerangkan sedikit-sebanyak tentang teknik ini.
Teknik girdling diamalkan oleh penanam pokok buah-buahan, baik untuk kegunaan sendiri atau di ladang. Ada dua tujuan teknik ini dilakukan:
a) Untuk mendapatkan buah yang banyak pada sesuatu musim, dan untuk menjadikan buah lebih besar dan lebih perisa.
b) Untuk memaksa pokok berbuah.
Ramai yang merungut pokok yang ditanam sehingga kini tak berbuah. Maka mahu ditakik dan ditabur garam. Ada yang cadangkan bakar pangkalnya. Disuruh bercakap dan berunding dengan pokok. Malah ada yang suruh ikatkan selipar buruk.
Paling dahsyat, disuruh sarungkan coli pada pokok durian!
Apa sahajalah, asalkan bahagia. Jika tak dapat buah, dapat lucunya.
Apa kata buat teknik kelaran ini?
Teori:
Tumbuhan membentuk makanan (dalam bentuk karbohidrat, atau disebut juga "gula") melalui fotosistesis di daun. Kemudian gula ini disebarkan ke seluruh pokok, tetapi akhirnya dihantar ke akar untuk tujuan simpanan. Jalan penghantaran bahan gula ini adalah melalui tisu floem yang banyak terdapat pada kulit.
Pokok yang lambat berbuah itu terus-terus sahaja menyimpan gula ini di akar. Ini kita tak mahu. Kita mahu dia simpan di dahan-dahan dan apabila cukup bekalan, cepat-cepat membentuk bunga dan buah.
Jika itu yang kita mahu, maka lakukan sesuatu supaya gula itu tidak dihantar ke akar.
Bagaimana?
Potong jalan penghantaran itu. Iaitu dengan membuat kelaran pada kulit.
Kelaran boleh dibuat pada:
a) pangkal dahan-dahan utama
b) sekeliling paksi pokok.
Selamat mencuba.
Abdul Hamid Ahmad
Bandar Sierra, Kota Kinabalu
6 Julai 2015.

Cara membuat kelaran:
Senang sahaja. Kelar.
Potong kulit sehingga menyentuh tisu kayu. Sentuh saja. Jangan potong kayu itu. Buat potongan pertama. Kemudian potongan kedua. Lebar kelaran ini hendaklah tidak lebih daripada 5mm. Jika pokok kecil seperti pokok tin, 2mm cukuplah.
Potonglah menggunakan pisau yang tajam. Jika pokok ini subur, selepas dua potongan dibuat, tinggal siat sahaja. Kulitpun tanggal. Lihat gambar.
Selepas kelar, terpulanglah. Boleh dibalut dengan plastik cantuman. Boleh cat. Boleh biarkan sahaja.
Maka selepas beberapa minggu, seharusnya pokok mula mengeluarkan bunga dan seterusnya berbuah. Selepas dua bulan, kelaran tadi sudah bercantum semula. Sebab itu jangan kelar lebar. Nanti pokok mati. Tinggal bacakan talkin sahajalah.
Jika kelaran ini bertujuan untuk membesarkan dan memaniskan buah, kelarlah selepas bunga kembang. Jangan lewat. Jangan terlalu awal.
Jika kelaran bertujuan untuk memaksa pokok berbuah, buatlah bila anda geram dan marah-marah.
Saya tunjukkan gambar sebenar girdling pada dahan mangga Honey Dew yang saya buat.
Kaedah:
Kelaran boleh dibuat dengan dua cara iaitu dengan bersambung atau bertindih.
a) bersambung jika anda dapat buat potongan dengan lurus. Jika mahu buat begini, tandakan dengan pensel atau pen. Baru potong dengan pisau.
b) Bertindih. Hujung tidak bertemu tetapi MESTI bertindih.
Kalau tak bertemu? Kalau tak bertindih?
Kalau tak ikut teknik dan nasihat cikgu, tak menjadilah.
Ini girdling pada kulit Honey Dew. 4mm sahaja kurang lebih.
Ini sambung terus.
Ini bertindih. Tengok hujungnya tu. Mesti overlap dalam 1-2 inci.

Trimass utk info ni. Gambar2 sume mmg takde ke cmane? Tiga2 tak load
ReplyDelete