Thursday, February 16, 2017

SERAPAN NUTRIENT OLEH AKAR TUMBUHAN




 Apabila pokok yg ditanam tidak membesar dan mula merosot walaupun baja dan air diberikan secukupnya

Pengalaman saya: saya pernah terkena masalah ini. Pokok memang tak mahu membesar walaupun bermacam2 baja & rawatan saya bagi. Cara terbaik yg saya fikirkan adalah repot pokok tersebut & alang2 dah cabut pokok tu, buat post-mortem sekali untuk melihat punca. Biasanya kes sebegini disebabkn formulasi medium tanaman yg tak sesuai dengan pokok & persekitaran. Akar2 baru tak dapat terbentuk & menyebabkan proses serapan nutrient gagal. Lama- kelamaan pokok akan mula merosot dan mati perlahan-lahan.

Pokok2 yg berada pada tahap sebegini, bagilah baja jenama dewa sekalipun, memang tak akan ada perubahan. Selagi masalah akarnya tidak diselesaikan, selagi itulah pokok akan “murung”.

Article dibawah mungkin boleh membantu kita untuk lebih memahami “bahasa pokok” yg kita tanam. Memahami bagaimana setiap bahagian akar-akar pokok berperanan menyerap komponen baja yg kita bekalkan kepada pokok… supaya lebih mudah kita mengendalikan pokok-pokok kita jika mereka mula “meragam” minta perhatian.
 


*****************************************

Have we facing a problem where plants/ trees planted did not grow up and begin to deteriorate, even though adequate fertilizer and water are being given?

My experience: I used to have this problem. My plants did not want to grow up even fertalizer & treatments were given to them. The best way to troubleshoot the problem is by repotting and does a post-mortem to find the cause. Usually such cases are caused by not suitable potting medium. New roots formations failed to develop and cause low nutrient uptake or worse no nutrients absorption at all. Over the time the plants will begin to deteriorate and die slowly.

Plants at a stage like this, no matter any best brands of fertilizers are given, will not give you any differences or do any good. As long as the root problem is not solved, the tree will stay "depressed".

I am sharing article below that might help us to understand the “language of our plants" better. We may need to understand how each part of tree roots do their job on how they absorb fertilisers’ components supplied ... so hopefully it's easier for us to handle the trees if they began to "throw a tantrum"




















%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%


PROSES RESAPAN NUTRIEN OLEH AKAR


Posted on June 9, 2016 by khadijah salleh
Source: http://myagri.com.my/2016/06/proses-resapan-nutrien/


Nutrien yang diserap oleh akar


Akar merupakan komponen yang paling penting bagi tanaman. Terdapat tiga fungsi utama akar yang penting iaitu sebagai sistem sokongan pokok, sebagai alat penyerapan nutrient, dan tempat penyimpanan makanan. Pada entri kali ini, kita akan mempelajari proses resapan nutrient oleh akar. Bagaimana pokok mendapatkan nutrient melalui akar? Bagaimana proses itu berlaku dan nutrient apa yang diresap oleh akar?.

Terdapat 17 nutrient yang diperlukan oleh tanaman berdasarkan kepada keperluan tanaman samaada dalam unsur makro dan mikro. Antara unsur makro ialah C, H, O, N, P, K, Ca, Mg, S ; Unsur Mikro: Fe, Mn, B, Zn, Cu, Mo, Cl, Co. jumlah penyerapan nutrient tanaman adalah bergantung kepada jenis tanaman itu sendiri. tanaman menyerap unsur C dan O dari udara sebagai CO2 melalui proses fotosintesis manakala H dimabil daripada air dari tanah (H2O). unsur lain diserap melaui tanah.

Akar tanaman menyerap nutrient melalui dua urutan yang berbeza. Pertama, nutrient akan bergerak dari tanah ke permukaan akar tumbuhan. Yang kedua nutrient diluar akan masuk kedalam akar tumbuhan. Apabila nutrient sudah memasuki akar tumbuhan, nutrient akan bergerak keatas menuju ke daun dan akan menghasilkan sayuran atau buah.


Penyerapan nutrient oleh akar tanaman
Penyerapan nutrient oleh akar tanaman ada tiga cara keseluruhannya iaitu :
pemintasan akar (root interception)
aliran masa (mass flow)
Difusi (diffusion)


Pemintasan akar (root interception)


Jenis tanah seperti pasir, lempung, tanah liat menghasilkan ruang pori bersama dengan bahan organik dimana nutrient banyak didapati. Penyerapan akar adalah proses dimana akar yang tumbuh melalui dalam tanah akan berhubung dengan nutrient. Proses ini bergantung kepada akar itu sendiri untuk bergerak dan tumbuh melalui tanah untuk mencari nutrient. Struktur tanah yang baik adalah sangat penting didalam proses penyerapan nutrient ini kerana mendapan tanah yang teruk akan menganggu akar untuk menyerap nutrient di dalam tanah.


Aliran masa (mass flow)

Proses Pergerakan nutrient kedalam akar melalui air adalah dipanggil aliran masa (mass flow). Sebagai contoh pokok jagung menyerap air, ia menyerap air dari dalam tanah melalui sistem akar. Aliran masa (mass flow) pemgambilan nutrient berlaku semasa nutrient tersebut mengalir bersama air yang diangkut. Antara nutrient yang diambil ialah nitrogen dan sulfur. Kepekatan nutrient juga memainkan peranan yang penting terhadap jumlah pengambilan nutrient melalui mass flow ini. Lebih banyak nutrient yang ada didalam tanah, lebih banyak nutrient yang akan di angkut oleh air melalui sistem akar.


Penyerapan

Semasa penyerapan, akar yang tumbuh didalam tanah akan menyerap masuk nutrient disekitar sistem akar dan akar-akar halus. Kepekatan nutrient disekitar sistem akar akan menurun, nutrient daripada kepekatan tinggi akan bergerak atau meresap kepada kepekatan yang rendah dan masuk kedalam akar.proses resapan ini hanya bergerak didalam lingkungan kawasan yang kecil sahaja, nutrient potassium (K) dan Phosphorus (P) adalah yang banyak diserap melalui kaedah ini. Memandangkan P dan K adalah yang banyak diresap kedalam akar,adalah sangat penting ia mempunyai kepekatan yang tinggi daripada dalam pori-pori tanah dan nutrient mestilah berada dekat dengan zon akar.

Seperti yang anda lihat, terdapat beberapa cara yang memberi kesan kepada pengambilan nutrient kepada tanaman melalui akar. Kepekatan nutrient dan kawasan ia berada adalah penting untuk memastikan pengambilan nutrient yang optimum dan sistematik sepanjang musim.

1 comment: