Sunday, August 16, 2015

Biakkan tomato dengan keratan

Salam & Salam sejahtera



Menanam tomato memang seronok. Walaupun saya bukan pemakan tegar tomato tapi saya cukup suka tanam tomato. Seronok tengok daun2 tomato di pokoknya yg segar & segah... makin seronok bila tengok bunga tomato.. paaaaling seronok bila tengok putik buahnya membesar.

Kebiasaannya kita akan menanam tomato daripada biji benih. sumber yg mudah & murah. Tapi selain biji benih.. ada lg alternatif lain utk biakkan pokok tomato kesayangan supaya kita sentiasa ada pokok tomato dan juga buahnya. Kalau nak tunggu berbuah masak & baru nak semai bijinya.. makan masa la pulak.

selain biji benih... kita boleh biakkan tomato dengan menggunakan keratan... apa ye istilah dia.. lupa lah pulak... its so d*mn easy to get another one dengan cara ni.

This is my way to do the cutting:

1. Apabila pokok tomato telah matang... cari tunas ketiak dia...

apa dia tunas ketiak??? huhuhuhuuu... apa ye istilah omputih dia? lupa la pulak..
Tunas ketiak adalah tunas yg tumbuh antara daun pokok & ranting or dahan... semua pokok ada tunas ketiak.. kecuali pokok2 monocots macam sawit, pisang & seangkatan dengannya....

pastikan tunas baru tu masih belum ada rupa utk mengeluarkn bunga.. kalau dah mula berbunga.. hmmm.. payahla..
tunas ketiak seperti dalam bulatan tu.. tengok baik2 yer...
2. Sediakan medium semaian. Talking about medium semaian, saya menggunakan peatmoss bagi semaian yg sensitive. Bagi semaian pokok/ biji benih yg lasak... guna tanah campuran biasa pun ok. Selain penggunaan peatmoss bagi semaian sensitive.. saya juga akan guna peatmoss bagi semaian/ anak benih yg agak "berharga".... risau pokok tak hidup/ biji benih x bercambah.

Bila dah sediakan medium tanaman... sila siram dulu bagi basah. Saya tinggal di persekitaran yg agak lembab.. tapi panas... so masalah kulat agak teruk... makanya... amalan saya ketika menyemai adalah... bancuh racun kulat cair2... saya guna benomyl.. & siram medium semaian tu dengan bancuhan tadi.

Tomato yg ini... adalah tomato jenis yellowpear, saya tak begitu pasti tentang ketahanannya.. jadi saya guna peatmoss. tambahan lagi... anak pokok tomato yellowpear ni banyak dibaham ayam.. so yg selamatnya 3 pokok ni lah... kalau yg ni arwah.. alamatnya nak kena pegi beli benih lagi la jawabnya... ambil masa pulak nak membeli-menyemai-membesar... hati dah tak tahan dah.. so, as a back-up plan... kita biakkan sikit as a spare kot2 jadi apa2 karang... ngeeeeeee...... 

3. Gunakan pisau yg tajam, potong tunas tu. potong menyerongla... jgn la potong straight. Bagi tujuan utk biakkan pokok, sentiasa potong batang secara menyerong...

Kenapa pisau kena tajam? or gunting pun kena tajam apabila buat keratan/ pruning?
jawabnyaa.... penggunaan pisau yg tumpul akan menyebabkan luka pada pokok lebih parah. apabila pokok sakit, dia akan release bahan kimia yg dipanggil phenolics (bahan kimia beralkohol). Bahan ini akan menyebabkan kawasan potongan tadi menjadi perang & seterusnya akan mematikan kawasan potongan tu... ok.. sekian explanation pasal ni.. kita sambung di lain kali sebb kita nak borak pasal keratan tomato.

4. Pastu, celupkan pangkal keratan tadi dalam serbuk hormon pengakaran. celupkan sikiiit aje... jgn celup banyak... nanti busuk pangkalnya x sempat nak berakar pulak dah arwah. Ada sesetengah orang fikir, kalau nak cepat berakar.. bagi hormon pengakaran banyak2... atau nak pokok cepat gemuk letak baja banyak2.... itu satu fahaman yang sangat terpesong. Bear in your mind... dont ever overdose!! macam kita jugak... makan satu kawah sekali hadap tak mungkin la akan kenyang sebulan... kot arwah terus hadooo....

Bila dah selesai mencelup, sila la cucuk dalam medium semaian dlam tray/ or even polibeg terus pun takpe.


cucukkan keratan dalam tray semaian.




5. Bila dah menyemai... kena la rajin2kan diri menjenguk semaian ya supaya selamat & kalau ada simptom penyakit... bolehla rawat cepat2 sebelum terlewat...

After 2 minggu, akar akan terbentuk dengan cantik & masa nilah masa yg sesuai utk dialihkan ke dalam polibeg (kalau semaian dibuat dalam dulang semaian). kalau yg semai siap2 dalam polibeg... biarkan je la sampai dia ready utk pindah ke dlam polibeg/ pasu yg lebih besar.



akar cantik terbentuk.. dah ready masuk rumah baru!
Orait... dah dapat extra pokok yellowpear tomato. Kita tunggu pokok induk dia berbuah.. sebab sekarang ni dah berbunga pun.

This is not yellowpear tomato! Cuma hiasan sahaja

Nampak sedapkan tomato bila digandingkan dengan awak-awak itu? 

No comments:

Post a Comment