Tuesday, August 18, 2015

Gardening tips- How to start your garden


Sedikit perkongsian dari saya untuk yang baru berjinak2 dengan home gardening/ urban gardening
Saya bukan pakar dalam bidang ini. Apa yg saya kongsikan adalah sekadar dari pengalaman yg tak seberapa & juga hasil berguru dengan pakcik Google & bertanya rakan2 yg berada dalam bidang pertanian & juga Arborist bertauliah


 Dikalangan rakan2 saya, majority sukakan tanaman.. tringin untuk menanam…. Apatah lagi bila melihat pokok2 yg saya tanam…  melihat saya bershopping biji benih atau anak pokok, masing2 excited & turut membeli… sayangnya.. lepas bulan berganti bulan… tahun berganti tahun, biji benih masih belum dibuka dari packet nya… & anak pokok pun dah arwah.. sedangkan sayuran saya dah habis dituai... anak pokok yg dibeli juga dah boleh di biakkan
 

Saya faham… utk rakan2 yg baru nak berjinak2 dengan aktiviti kebun ni… mereka mahu menanam… tapi tak tahu nak mula dimana.. dan bila nak mula walaupun benih dah ada di tangan… kelengkapannya pun kurang.. terutamanya yg masih “zero” .  biji benih atau anak pokok dah dibeli… tapi tanahnya takada… pasu/ polibeg nya pun tak ada.
Tambah haru, belum menanam.. dah mula fikir “nanti pokok yg ditanam mati”.
 

Untuk rakan2 yg baaru bermula & berjinak2 dengan aktiviti ini… sekadar nasihat dari saya.. apabila “seru” untuk bercucuk tanam sendiri itu dah ada.. fikirkan dulu.. “nak tanam apa? Sayur atau bunga?”
Saya selalu sarankan pada rakan2 saya… jika “seru dah sampai”… mulakan dengan tanaman yang mudah2 sahaja… seperti kangkung… sawi… pokok bunga rose jepun, pokok bunga keembung… Bukan cili.. bukan terung.. bukan juga pokok bunga rose yang jelita itu… Bila saya cadangkan sayur2 atau pokok2 bunga sebegitu… bunyinya macam “alahaiiiii….. takkan itu cadangannya…”   
 

Saya ada sebabnya kenapa itu yg dicadangkan…Kenapa? Sebabnya, kita yang tak ada pengalaman menanam… minat pun baaaru sampai ke hati…. Kita mulakanlah dengan tanaman yg mudah dulu… menanam ini perlukan komitmen… memang komitmennya tak lah sesukar menjaga baby baru lahir yg perlu diberi makan 2-3 kali sehari.. susu 4-6 kali sehari… tetapi… kita masih perlu menjenguk pokok2 itu setiap hari.. kena pastikan pokok yg ditanam tu cukup tak airnya… bajanya cukup tak… sakit ke pokok tu?? Macam mana nak tahu pokok tu sakit? Kalau dah pokok sakit nak buat apa?
 

Pokok2 yg saya cadangkan biasanya mudah hidup.. cepat membesar & paling utama tahan lasak… ada yang Tanya… perlu ke tanam bunga pada permulaan ni? Pada saya perluuu….. sebab… hati nurani kita memang sukakan kecantikan.. bunga mampu menaikkan seri tanaman kita & mampu menceriakan hati yg stress tak abis2 ni… tanamlah bunga yg mudah2 dulu.. bila dah dapat “rentak” menanam… thenn… baru kita boleh mula pulun menanam pokok lain yg sedikit cerewet…


Umpama kita mahu bersukan… mula2.. panaskan badan dulu.. bila dah cukup panas… baru boleh mula berlari.. berlari… dan bila sampai saat yg sesuai… barulah boleh mula memecut laju… barulah jantung tak terkejut! 

 

 

 

 

SELAMAT MULA MENANAM KAWAN KAWAN... 

No comments:

Post a Comment