Thursday, August 9, 2012

Menu berbuka

Sup Tulang Rusuk
Materials & Methods
tumis: 5-6 ulas bawang putih yg diketuk2, 3 batang kayu manis, 5-6 bunga lawang, 1 sudu kecil buang pelaga sampai kuning/ naik bau
masukkan 2 inci halia yg diketuk
masukkan air & tulang rusuk (make sure tulang tu tenggelam)
didih & renihkan sampai daging empuk
masukkan garam  secukup rasa
bila dah masak, baru tabur bawang goreng & daun sup & daun bawang hiris


Ikan Patin Bakar
I just use sambal ikan bakar bought from kakak  ipar Amy...save lot of my time...plus...sedap..tried so many times but failed aje...malas la nak try lagi..beli aje la dari dia..

Methods:
potong ikan patin & belah ikan (jangan sampai putus..only 3/4 jek)
gaulkan ikan patin tu dengan sambal ikan
masukkan juga sambal tu dalam belahan ikan tadi
bungkus dengan daun kunyit
bungkus sekali lagi dengan daun pisang
Grill atas kuali..kalau ada kuali burger lagi senang..



Masak Tempoyak Ikan Patin
1 ekor ikan patin (size about 30 cm) dipotong2, dibersihkan 
(Note: kalau beli patin selain dari patin sungai temerloh/ patin liar yg dipancing di sungai: rendam air cuka (1-3 % is ok) selama setengah jam)

didihkan air bersama bahan kisar (kisar cili padi hijau, 1 inci kunyit hidup dan 1- 2 senduk tempoyak), daun kunyit (disiat2), timun (preferably timun tua..kalau takde..timun biasapun ok....but jangan buang kulit la...buang empulur & di potong)
dah mendidih..masukkan garam secukup rasa....& ikan
didihkan sampai ikan masak

siap dah.




Sayur
makan ulam jek la..petik kat luar rumah.. :-)
Selamat berbuka semua......

Wednesday, August 8, 2012

Desserts again...


Banana split again....this is just to finish all the pisang & strawberries..& the mulberries.....mmmm....
Banana split...
Ice cream for Deanna..

Wednesday, August 1, 2012

Black Pepper Steak

Oh my….reading about "human & microbial biochemical pathway" make me feel like 'im gonna “pass away" sooo soon! I need a break now.....so, this is to “soothe” my twisted eyes & burning brain…..hehe..lapar pulak rasanya… :-o



DAGING

Pepper Rub:
2 sudubesar lada hitam- tumbuk kasar
1 1/2 sudu teh dried thyme leaves
1  sudu teh  jintan manis-tumbuk
1  sudu teh  garlic salt/ i use 1 ulas bawang putiih- tumbuk lumat

SOS BLACK PEPPER

Bahan2

2 sudu besar butter
2 sudu besar tepung gandum
2 cawan fresh milk
segenggam balck peper yang ditumbuk kasar
2 sudu besar button mushroom-hiris nipis
2 sudu besar kicap
garam secukup rasa

Cara2

- cairkan butter dalam saucepan
- bila butter cair, masukkan tepung gandum dan kacau rata.
- bila dah berbuih2 masukkan fresh milk / susu cair,black pepper, mushroom & kicap
- masukkan garam secukup rasa
- kacau sehingga pekat/ sampai kepekatan yg diingini
- dah siap


Note: hidang bersama fries, coleslaw (use coleslaw dressing: lady's choice...not mayo), kacang panggang, tomato

Tuesday, July 24, 2012

Dessert untuk berbuka.....

This is requested by my dear hubby....dessert for buka puasa...
Since mulberry di pokok dah mula masak...stok kacang & fresh cream pun ada lagi....cuma beli ice cream & strawberry ajela......

Banana Split.....

Ingredients:

Pisang (of course!!)- choose pisang besar..pisang tanduk or pisang montel..
ice cream: vanila, chocolate & strawberry flavor- u can buy neopolitan..3 flavors dalam satu bekas
fresh cream-beli yg dah siap dalam botol
kacang2- up to u! (saya guna gajus, walnut, almond flake)
raisins
fruits- strawberry & mulberry (pilih yg masam2 macam strawberry, raspsberry ke...)
chocolate sauce (to prepare: campurkan 2 sudu besar fresh cream tadi + 1 sudu besar chocolate powder + 2 sudu besar susu pekat manis. panaskan dalam microvave/ masak secara double boiler & kacau sampai choc powder larut)

How to assemble:

  • scoop 3 flavor ice cream dalam piring
  • potong 2 pisang & susun ditepi ice cream secara bersebelahan.
  • pipekan freshcream atas ice cream
  • taburkan kacang2 & raisins
  • hiaskan dengan buah2-an
  • hiaskan dengan chocolate sauce 
  • dah siap....
sementara nak tunggu time berbuka, make sure letakkan dalam freezer dulu..

Thursday, July 19, 2012

Ayam Penyet

Ayam penyet everybodyyyy!!!! bersempena dengan Ramadan yang coming niiii....sila la try....x susah....senang jek.....this is also from buku Sheila Rusly..Ketuk Ketuk Sheila Rusly 2011..heeeee....

1 ekor ayam- potong 4
daun limau purut

Bahan kisar:
3 sd besar jintan manis
3 sudu besar jintan putih
3 sudu besar ketumbar
5 ulas bawang putih
1 1/2 halia\1 inci kunyit hidup
3 batang serai
1 inci lengkuas

Methods:
  • rebus ayam bersama bahan kisar & daun limau purut
  • make sure ayam tenggelam
  • tambah garam secukup rasa
  • masak sampai air hampir kering
  • goreng ayam tadi sampai garing


Bahan Sambal
30 bj cili padi merah
10 ulas bawang merah
3 ulas bwg putih
10bj cili merah-dipotong2 & digoreng
4 biji tomato-belah 4 & goreng
1 inci belacan-di bakar
air asam jawa

Methods:
  • goreng cili padi merah, bwg merah & cili merah & tumbuk
  • panaskan sikit minyak & tumis bahan2 tumbuk sampai naik minyak
  • masukkan air asam jawa, garam & gula secukup rasa
*Makan bersama Nasi putih/ nasi lemak, tempe & tauhu goreng, timun..& kot suka la nak makan dengan sayur apa..hehe

Rendang Minang

This is  from Buku Ketuk-ketuk Sheila Rusly 2011...yummy....so far..buku Sheila Rusly x pernah mengecewakan.....but resepi below is modified..

1/2 ekor ayam-potong ikut suka nak besar mana
3 batang serai-dititik
2 helai daun kunyit-hiris nipis
4 helai daun limau purut-disiat2
2 sudu besar kerisik (optional..saya x letak)
1 keping asam keping/ air asam jawa
250 mL santan kotak
garam, gula secukup rasa
serbuk/ kiub pati ayam (optional..kalau tanak letak pun ok)

Bahan kisar:
15 tangkai cili kering
10-20 cili padi (optional..kalau nak pedas lagi..sila la tambah)
5 ulas bawang merah
3 ulas bwg putih
1 batang serai
1 inci halia
1 inci lengkuas

Methods:

masukkan bahan kisar, serai & ayam dalam kuali. tambah air (agak2 la jgn sikit sangat..nanti ayam x empuk..ni kan rendang..)
biarkan mendidih dalam kuali
masukkan santan, daun kunyit, daun limau purut, asam keping/ asam jawa, garam & gula
rasa masin/ tawar rendang
biarkan rendang mendidih & ayam empuk.
kalau nak masukkan kerisik...tunggu bila rendang dah hampir kering baru masukkan.
dah siapp!!

Monday, July 16, 2012

LUNCH TIME..........

simple recepi..but yummyyyyy.....


AYAM PANDAN
500gm fillet ayam potong approx 3cmx3cm
1 sd besar gula 
1 sd besar kicap pekat (kicap kipas udang lemak manis tu pun ok)
 1 sd besar cili kering blend

1 sd besar sos tiram
4 ulas bwg putih- cincang
1 labu bwg besar- adu kecik2
1 sd teh lada sulah

 pandan (screwpine leaves) -pandaila agak sendiri ya nak banyak mana

Methods:

campur semua bahan & perap at least setengah jam
bungkus dengan daun pandan...buat macam nak bungkus ketupat palas
cucukkan dgn toothpick supaya ayam x keluar dr bungkusan pandan.
goreng dalam minyak (deep fry ya....kang tak jadi plak)
dah buleh makan dah


IKAN PATIN BAKAR/ GRILLED
1 ekor ikan patin- bersihkan & belah belakang dia 

Sambal Belacan
cili padi
gula
garam
belacan
asam jawa- ambik air dia pekat2


Methods:
blend semuanya....rasa asam, garam & gula biar balance (but make sure masam & manis lebih sikit dari yg lain)


To prepare for bakar/ grill:
daun pisang
daun kunyit 

methods:
sapukan pada ikan...masukkan juga dalam belahan belakang ikan-perap kejap
alas daun pisang & letakkan daun kunyit. letakkan sikit sambal belacan tadi
letakkan ikan & letakkan sikit lagi sambal
letakkan daun kunyit selapis lagi & bungkus dengan daun pisang
bakar/ grill atas kuali burger/ kuali biasa pun ok..sampaila masak.3


PUCUK KACANG PANJANG GORENG BELACAN
oleh sebab pokok kacang panjang tengah rancak membesarkan diri....dan nak makan buah kacang nya pun tak berapa sedap...meh kita kerjakan pucuk dia....hehe...bes jugak....sebab dah boring makan buang kot...so utk kelainan...kita try pucuk dia....


secekak pucuk kacang panjang-bersihkan & potong ikut sukati
1/2 labu bwg besar- hiris panjang
1 ulas bawang putih
1 sd besar cili kering kisar
belacan (ikut suka nak banyak mana)
garam, gula


Methods
tumis bwg putih & besar
masukkan cili kering, belacan, garam & gula
bila dah cukup rasa masukkan pucuk kacang panjang
goreng sampai masak